Dalam buku ini perbincangan tentang teori, kaedah, strategi dan pendekatan psikologi dalam mendidik telah dilakukan dengan membandingkannya dengan pengalaman-pengalaman seharian. Tanpa usaha meningkatkan kefahaman dan kemahiran maka proses mendidik anak-anak didik kita lebih menjurus kepada 'trial and error' dan merugikan. Samada sebagai guru di sekolah, ibubapa di rumah, mahupun ahli masyarakat, kita semua perlu sentiasa berusaha menambah pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam mendidik. Buku ini menjelaskan mengapa setiap individu sebenarnya merupakan pendidik. Oleh itu aktiviti meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mendidik dianggap hanya perlu dilakukan oleh guru di sekolah. Justeru adakalanya menyebabkan kita terlepas pandang dengan melihat tugas mendidik hanyalah berlaku di sekolah sahaja. Baik sebagai guru di sekolah mahupun ibubapa di rumah, tugas mendidik dilihat sebagai suatu tanggungjawab. Pendidikan merupakan suatu tugas yang mencabar.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |